Hidup. Hidup tidak semudah yang disangka oleh setiap manusia.
Bahagia tidak selamanya. Susah juga tidak selamanya. Warna – warna kehidupan
membuatkan manusia akan semakin matang untuk terus kehadapan. Semakin dekat
dengan pengakhiran, semakin sukar untuk menempuhinya. Titisan air mata begitu
murah sekali untuk gugur dari kelopak mata kerana itu sahaja yang mampu untuk
diluahkan apa yang dirasai oleh batin. Namun, tiada seorang manusia pun akan
memahami kesukaran yang ditanggung. Sekiranya kehidupan ini sentiasa bahagia,
bagaimanakah keadaan kita?
Allah maha bijaksana. Yang merancang segalanya dengan cukup
sempurna. Dan tiada suatu makhluk pon yang dapat menandinginya. Subhanallah!
Apabila diingatkan kembali pada zaman Nabi Muhammad S.A.W mereka menganggap
ujian dalam kehidupan mereka itu sebagai hadiah buat mereka. Malah mereka akan
berdoa dan merintih kepada Allah untuk
menjalani ujian sesukar mana sekali pun. Kerna mereka yakin dengan janji Allah
untuk mendapatkan pengakhiran yang baik. Dan cinta kepada Allah menguasai hati
dan jiwa mereka.. Bergitu utuh keimanan mereka kepada Allah.