Pages

Tuesday 18 October 2016

Hadiah Buatmu...





Hidup. Hidup tidak semudah yang disangka oleh setiap manusia. Bahagia tidak selamanya. Susah juga tidak selamanya. Warna – warna kehidupan membuatkan manusia akan semakin matang untuk terus kehadapan. Semakin dekat dengan pengakhiran, semakin sukar untuk menempuhinya. Titisan air mata begitu murah sekali untuk gugur dari kelopak mata kerana itu sahaja yang mampu untuk diluahkan apa yang dirasai oleh batin. Namun, tiada seorang manusia pun akan memahami kesukaran yang ditanggung. Sekiranya kehidupan ini sentiasa bahagia, bagaimanakah keadaan kita?

Allah maha bijaksana. Yang merancang segalanya dengan cukup sempurna. Dan tiada suatu makhluk pon yang dapat menandinginya. Subhanallah! Apabila diingatkan kembali pada zaman Nabi Muhammad S.A.W mereka menganggap ujian dalam kehidupan mereka itu sebagai hadiah buat mereka. Malah mereka akan berdoa  dan merintih kepada Allah untuk menjalani ujian sesukar mana sekali pun. Kerna mereka yakin dengan janji Allah untuk mendapatkan pengakhiran yang baik. Dan cinta kepada Allah menguasai hati dan jiwa mereka.. Bergitu utuh keimanan mereka kepada Allah.