Pages

Monday 29 October 2018

Hipokrates : Bapa Kedoktoran


Image result for hipokrates
  Gambaran Hipokrates

Hipokrates adalah seorang doktor dari zaman Yunani kuno yang secara umumnya dikenali sebagai “Bapa Kedoktoran” (Father Of Madecine). Menurut Galen, maklumat mengenai Hippokrates amat sedikit. Malah, pemikiran-pemikiran dan sumbangan beliau, kebanyakkannya diketahui melalui tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh Plato dan Aristotal. Hipokrates telah dilahirkan pada tahun 460 SM. Biografi kuno Hippokrates telah menyebut, beliau telah dilahirkan di pulau Kos di laut Aegean, dipermulaan olimpik kelapan. Beliau terkenal sebagai pengamal dan guru perubatan pada zamannya. Hipokrates mengamal dan mengajar dalam bidang perubatan sepanjang hayatnya. Menurut Plato, pengembaraannya untuk mendalami bidang perubatan sehingga Thessaly, Thrace, dan Laut Marmara. Ini menunjukkan semangatnya dalam bidang perubatan yang sangat mendalam sehingga mampu menyumbang ilmu yang dikajinya kepada masyarakat dunia dan diguna pakai (menjadi bahan rujukan) sehingga abad ini. Mengenai kematiannya, terdapat beberapa pendapat yang berbeza. Menurut Sharwin B. Nuland ( 1988 ) Hipokrates merupakan anak lelaki Heraclides, yang berketurunan dari Aesculapius, iaitu keturunan yang ke sembilan belas. Malangnya, pada abad kedua puluh, pembuktian ahli arkeologi menunjukkan bahawa Aesculapius menetap di Kos selepas 350 SM, dimana ketika itu Hippokrates sudah tiada lagi. Dengan ini, wujud keraguan terhadap biografi tradisional yang telah ditulis oleh Soranus dari Efesus yang telah meninggal pada 500 tahun yang lalu. Hipokrates dikatakan telah diajar berkaitan ilmu perubatan oleh bapanya sendiri, Heraclides di Athens, dan mempelajari mata pelajaran yang lain dengan gurunya iaitu, Democritus dan Gorgias.

 Image result for buku corpus hippocrates
Buku Corpus Hippocraticum

Seperti semua doktor pada zamannya, beliau banyak menghabiskan masa dengan pengembaraanya, berlatih seninya di seluruh bandar-bandar jiran dan pulau Egean. Dia gemar bercakap mengenai ubat-ubatan dan pembedahan selama perjalanannya, dan dibayar oleh pelajar-pelajar dan pesakitnya. Ketika Hipokrates semakin dikenali dengan ilmunya , perkhidmatannya semakin meningkat dan rawatannya mendapat permintaan ramai. Tales diberitahu tentang pelbagai penawar yang luar biasa yang dapat memberi kesan dan banyak penghormatan yang beliau terima. Corpus Hippocraticum merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun 430 SM dan 200 Masihi. Dan karya ini juga menunjukkan bahawa Hipokrates berbeza dengan masyarakat Yunani, beliau tidak percaya dengan kepercayaan tahyul masyarakat Yunani. Bahkan beliau sangat yakin bahwa sebuah penyakit, tidak ada kaitannya dengan dewa yang sedang marah.Beliau berpendapat bahawa sesuatu penyakit itu dapat disembuhkan dengan menggunakan metod-metod penyembuhan yang rasional. Beliau mempertahankan pendapatnya ini sehingga ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara oleh pihak berkuasa pada zamannya.


Terdapat falsafah Hipokrates yang diguna pakai oleh doktor-doktor pada zamannya dan kini ianya digunakan sebagai salah satu ajaran utama bioetika yang semua pelajar perubatan diajar di sekolah dan merupakan prinsip asas di seluruh dunia.. Beliau menyebut, “ mengenai penyakit biasanya akan terbahagi kepada dua perkara untuk membantu, atau sekurang-kurangnya, untuk tidak membahayakan”. Satu lagi cara untuk menterjemahkannya ialah, "memandangkan masalah yang ada, mungkin lebih baik tidak melakukan sesuatu, atau bahkan tidak melakukan apa-apa, daripada risiko yang menyebabkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan." Ia mengingatkan pakar perubatan untuk mempertimbangkan kemungkinan bahaya yang dilakukan oleh mana-mana campur tangan. Ia digunakan apabila membahaskan penggunaan campur tangan yang membawa risiko yang jelas bahaya tetapi peluang kurang mendapat faedah.


Rujukan

Phai Dungat. 2015. Hippocrates-Father Of Medicine. Mumbai.
Sherwin B. Nuland. Doctors: The Biography Of Medicine. New York.
Mortimer J. Adler. 1994. Great Books of the Western World. Chicago: Encyclopedia Britannica
Garrison, Fielding H. History of Medicine, Philadelphia: W.B. Saunders Company.

Tuesday 18 October 2016

Hadiah Buatmu...





Hidup. Hidup tidak semudah yang disangka oleh setiap manusia. Bahagia tidak selamanya. Susah juga tidak selamanya. Warna – warna kehidupan membuatkan manusia akan semakin matang untuk terus kehadapan. Semakin dekat dengan pengakhiran, semakin sukar untuk menempuhinya. Titisan air mata begitu murah sekali untuk gugur dari kelopak mata kerana itu sahaja yang mampu untuk diluahkan apa yang dirasai oleh batin. Namun, tiada seorang manusia pun akan memahami kesukaran yang ditanggung. Sekiranya kehidupan ini sentiasa bahagia, bagaimanakah keadaan kita?

Allah maha bijaksana. Yang merancang segalanya dengan cukup sempurna. Dan tiada suatu makhluk pon yang dapat menandinginya. Subhanallah! Apabila diingatkan kembali pada zaman Nabi Muhammad S.A.W mereka menganggap ujian dalam kehidupan mereka itu sebagai hadiah buat mereka. Malah mereka akan berdoa  dan merintih kepada Allah untuk menjalani ujian sesukar mana sekali pun. Kerna mereka yakin dengan janji Allah untuk mendapatkan pengakhiran yang baik. Dan cinta kepada Allah menguasai hati dan jiwa mereka.. Bergitu utuh keimanan mereka kepada Allah.